Monday, 14 May 2012

ISU TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN


E-pembelajaran merupakan satu kaedah pengajaran yang telah lahir hasil daripada kepesatan teknologi maklumat. Teknologi sepert internet memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia zaman sekarang kerana kebanyakan perkara yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita berputar sekitar teknologi ini. E-pembelajaran merupakan satu contoh kaedah pengajaran dan pembelajaran yang semakain sinonim dengan para pelajar di institusi pengajian tinggi. E-pembelajaran walaupun banyak mendatangkan manfaat ia juga membawa keburukan kepada para pelajar itu sendiri, kepada pensyarah dan juga ia membawa kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Salah satu contoh e-pembelajaran yang dapat dilihat di universiti kita ialah Sistem Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran Interaktif. 
            Kebaikan yang dapat diperolehi daripada pengunaan e-pembelajaran di institusi pengajian tinggi ialah ia dapat mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana dengan kemudahan e-pembelajaran, para pensyarah dapat menghabiskan waktu kuliah dan tutorial dengan lebih awal kerana para pelajar dapat berinteraksi dengan para pensyarah selepas waktu kuliah seterusnya dapat memudahkan proses pengajaran dan pemberlajaran dijalankan. Dengan ini, para pensyarah dan pelajar dapat menjimatkan masa dan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok.
            Selain itu, kebaikan yang dapat dilihat melalui e-pembelajaran ialah proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih efektif. Seperti yang sedia maklum, dengan bilangan pelajar yang sangat ramai dalam satu kelas kuliah akan menyukarkan para pensyarah untuk mengenali bakat dan kebolehan para pelajar. Dengan pengenalan e-pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih interaktif di alam maya. Selain itu, dengan pengenalan e-pembelajaran, para pensyarah dapat berinteraksi dengan para pelajar pada bila-bila masa selepas waktu kuliah untuk membincangkan dengan lebih lanjut tentang kuliah yang telah dikendalikan pada hari berkenaan. Ini akan memudahkan para pelajar untuk memahami sesuatu kuliah tersebut dan seterusnya dapat melahirkan kemahiran kritis para pelajar. Di samping itu, para pelajar juga dapat menukar maklumat atau informasi dengan rakan-rakan kuliah lain seterusnya akan membantu pelajar untuk lebih memahami kuliah tersebut.
            E-pembelajaran juga membawa kesan buruk kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Jika para pensyarah dan pelajar terlalu bergantung kepada e-pembelajaran sebagai element dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia akan mendatangkan kesan buruk kepada skill berkomunikasi para pelajar. Ini adalah kerana para pelajar tidak akan berkomunikasi terus dengan para pensyarah tetapi para pelajar akan berkomunikasi di alam maya dengan pensyarah mereka. Tambahan pula, ia akan membawa kesan buruk kepada para pelajar pada masa hadapan apabila mereka ingin menghadiri temuduga. Ini adalah kerana mereka tidak akan mempunyai keyakinan untuk menjawab pertanyaan yang diajukan kepada mereka semasa sesi temu duga tersebut kerana sebelum ini mereka terlalu bergantung kepada komunikasi di alam maya.
Kesan buruk lain yang dapat dilihat jika kita terlalu bergantung kepada e-pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah semangat kerjasama atau semangat berkumpulan akan pupus atau luntur. Ini adalah kerana apabila ahli-ahli kumpulan ingin mengadakan perbincangan mereka akan bergantung kepada aplikasi yang terdapat dalam e-pembelajaran seperti ruang diskusi. Para pelajar tidak akan bertemu “face to face” untuk berbincang tentang tugasan mereka. Ini akan menyebabkan semangat berkumpulan akan luntur di dalam diri pelajar. Selain itu, para pelajar juga tidak akan dapat membina pandangan yang kritis kerana apabila kita berkomunikasi menggunakan alam maya adalah susah untuk kita menyampaikan idea atau pandangan kita tentang isu yang ingin dibincangkan. Ini juga boleh menyebabkan wujudnya konflik dalam kalangan ahli-ahli kumpulan.
Kesimpulanya, dengan kepesatan dunia teknologi dan informasi, proses pengajaran dan pembelajaran menjadi semakin efektif dan interaktif. Walaupun dengan kepesatan ini, e-pembelajaran masih mempunyai kesan buruknya. Adalah tidak salah untuk mengaplikasikan e-pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi pengekalan cara yang lebih praktikal dalm proses pengajaran dan pembelajaran juga penting supaya para pelajar tidak akan hanyut ditelan perkembangan teknologi. 

5 comments:

  1. Pada pendapat saya,e-pembelajaran amat membantu dalam setiap subjek dalam pembelajaran di sekolah.Guru akan mudah untuk menyampaikan subjek yang hendak diajar,malah pelajar pula akan mudah memahami subjek tersebut.Ini akan membantu pelajar dari berasa bosan di dalam kelas.

    ReplyDelete
  2. Isu-isu yang dibincangkan diatas sangat berfaedah kepada semua orang kerana e-pembelajaran mempunyai banyak kebaikan. Tetapi ada juga keburukan. Setahu saya, kebaikan lebih daripada keburukan dalam e-pembelajaran.

    ReplyDelete
  3. langkah-langkah yang bernas

    ReplyDelete
  4. langkah-langkah dan penerangan yang dapat membawa kesedaran..

    ReplyDelete
  5. Pada pendapat saya e-learning hanya akan memberikan kebaikan kepada individu yang menggunakannya secara betul. Jika dinilai dari sudut positif e-learning banyak membantu pelajar terutamanya bagi mereka yang mengikuti program pengajian jarak jauh. Individu sebegini mempunyai masa yang sangat terhad. Tetapi kebergantungan hanya semata-mata pada e-learning juga mendatangkan kesan yang negatif. Oleh yang demikian kita haruslah bijak menggunakan teknologi yang ade untuk kebaikan bersama (^0^)

    ReplyDelete