E-pembelajaran merupakan satu kaedah pengajaran yang telah
lahir hasil daripada kepesatan teknologi maklumat. Teknologi sepert internet
memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia zaman sekarang kerana
kebanyakan perkara yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita berputar
sekitar teknologi ini. E-pembelajaran merupakan satu contoh kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang semakain sinonim dengan para pelajar di institusi
pengajian tinggi. E-pembelajaran walaupun banyak mendatangkan manfaat ia juga
membawa keburukan kepada para pelajar itu sendiri, kepada pensyarah dan juga ia
membawa kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Salah satu contoh
e-pembelajaran yang dapat dilihat di universiti kita ialah Sistem Pengurusan
Pengajaran & Pembelajaran Interaktif.
Kebaikan
yang dapat diperolehi daripada pengunaan e-pembelajaran di institusi pengajian
tinggi ialah ia dapat mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini
adalah kerana dengan kemudahan e-pembelajaran, para pensyarah dapat menghabiskan
waktu kuliah dan tutorial dengan lebih awal kerana para pelajar dapat
berinteraksi dengan para pensyarah selepas waktu kuliah seterusnya dapat
memudahkan proses pengajaran dan pemberlajaran dijalankan. Dengan ini, para
pensyarah dan pelajar dapat menjimatkan masa dan proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih seronok.
Selain
itu, kebaikan yang dapat dilihat melalui e-pembelajaran ialah proses pengajaran
dan pembelajaran akan menjadi lebih efektif. Seperti yang sedia maklum, dengan
bilangan pelajar yang sangat ramai dalam satu kelas kuliah akan menyukarkan
para pensyarah untuk mengenali bakat dan kebolehan para pelajar. Dengan
pengenalan e-pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran, proses
pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih interaktif di alam maya. Selain
itu, dengan pengenalan e-pembelajaran, para pensyarah dapat berinteraksi dengan
para pelajar pada bila-bila masa selepas waktu kuliah untuk membincangkan
dengan lebih lanjut tentang kuliah yang telah dikendalikan pada hari berkenaan.
Ini akan memudahkan para pelajar untuk memahami sesuatu kuliah tersebut dan
seterusnya dapat melahirkan kemahiran kritis para pelajar. Di samping itu, para
pelajar juga dapat menukar maklumat atau informasi dengan rakan-rakan kuliah
lain seterusnya akan membantu pelajar untuk lebih memahami kuliah tersebut.
E-pembelajaran
juga membawa kesan buruk kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Jika para
pensyarah dan pelajar terlalu bergantung kepada e-pembelajaran sebagai element
dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia akan mendatangkan kesan buruk
kepada skill berkomunikasi para pelajar. Ini adalah kerana para pelajar tidak
akan berkomunikasi terus dengan para pensyarah tetapi para pelajar akan
berkomunikasi di alam maya dengan pensyarah mereka. Tambahan pula, ia akan
membawa kesan buruk kepada para pelajar pada masa hadapan apabila mereka ingin
menghadiri temuduga. Ini adalah kerana mereka tidak akan mempunyai keyakinan
untuk menjawab pertanyaan yang diajukan kepada mereka semasa sesi temu duga
tersebut kerana sebelum ini mereka terlalu bergantung kepada komunikasi di alam
maya.
Kesan buruk lain yang dapat dilihat jika kita terlalu
bergantung kepada e-pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah
semangat kerjasama atau semangat berkumpulan akan pupus atau luntur. Ini adalah
kerana apabila ahli-ahli kumpulan ingin mengadakan perbincangan mereka akan
bergantung kepada aplikasi yang terdapat dalam e-pembelajaran seperti ruang
diskusi. Para pelajar tidak akan bertemu “face to face” untuk berbincang
tentang tugasan mereka. Ini akan menyebabkan semangat berkumpulan akan luntur
di dalam diri pelajar. Selain itu, para pelajar juga tidak akan dapat membina pandangan
yang kritis kerana apabila kita berkomunikasi menggunakan alam maya adalah
susah untuk kita menyampaikan idea atau pandangan kita tentang isu yang ingin
dibincangkan. Ini juga boleh menyebabkan wujudnya konflik dalam kalangan
ahli-ahli kumpulan.
Kesimpulanya, dengan kepesatan dunia teknologi dan informasi,
proses pengajaran dan pembelajaran menjadi semakin efektif dan interaktif.
Walaupun dengan kepesatan ini, e-pembelajaran masih mempunyai kesan buruknya.
Adalah tidak salah untuk mengaplikasikan e-pembelajaran dalam proses pengajaran
dan pembelajaran, tetapi pengekalan cara yang lebih praktikal dalm proses
pengajaran dan pembelajaran juga penting supaya para pelajar tidak akan hanyut
ditelan perkembangan teknologi.
Pada pendapat saya,e-pembelajaran amat membantu dalam setiap subjek dalam pembelajaran di sekolah.Guru akan mudah untuk menyampaikan subjek yang hendak diajar,malah pelajar pula akan mudah memahami subjek tersebut.Ini akan membantu pelajar dari berasa bosan di dalam kelas.
ReplyDeleteIsu-isu yang dibincangkan diatas sangat berfaedah kepada semua orang kerana e-pembelajaran mempunyai banyak kebaikan. Tetapi ada juga keburukan. Setahu saya, kebaikan lebih daripada keburukan dalam e-pembelajaran.
ReplyDeletelangkah-langkah yang bernas
ReplyDeletelangkah-langkah dan penerangan yang dapat membawa kesedaran..
ReplyDeletePada pendapat saya e-learning hanya akan memberikan kebaikan kepada individu yang menggunakannya secara betul. Jika dinilai dari sudut positif e-learning banyak membantu pelajar terutamanya bagi mereka yang mengikuti program pengajian jarak jauh. Individu sebegini mempunyai masa yang sangat terhad. Tetapi kebergantungan hanya semata-mata pada e-learning juga mendatangkan kesan yang negatif. Oleh yang demikian kita haruslah bijak menggunakan teknologi yang ade untuk kebaikan bersama (^0^)
ReplyDelete