Monday, 14 May 2012

ISU TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN DAN SARANAN



Pada masa kini, teknologi dan inovasi telah menjadi tunjang dalam proses pengajaran dan pembelajaran baik di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Teknologi dan inovasi yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja dapat menjadikan proses pembelajaran menjadi menarik bahkan pelajar boleh membina daya kreatif dan kritis dalam mempelajari sesuatu ilmu. Selain itu, dengan menggunakan teknologi dan inovasi dalam pendidikan, pelajar boleh berinteraksi dengan lebih baik lagi dalam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut dan suasana bilik darjah atau bilik kuliah tidak akan menjadi pasif.
5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan bidang teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan dapat dijadikan rutin dalam aktiviti harian:

 1.  Memperkenalkan konsep e-pembelajaran dalam proses 
      pengajaran dan pembelajaran.  


          Dengan menggunakan konsep e-pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia dapat mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran dan menjadikan proses tersebut lebih efektif. Tenaga pengajar dapat berkomunikasi dengan para pelajar selepas waktu kuliah untuk berbincang tentang kuliah yang telah dikendalikan pada hari tersebut. Selain itu, ia dapat membina daya pemikiran pelajar yang kritis


 2.  Penggunaan teknologi yang bersesuaian dengan sesuatu bidang pengkhususan.


         Dengan mengasimilasikan penggunaan teknologi dan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan berupaya untuk mengarap lebih banyak maklumat yang berkaitan dengan kuliah. Dengan menggunakan “Youtube” atau “Google” kuliah akan menjadi lebih menarik dan efektif kerana pelajar akan didedahkan dengan pelbagai maklumat dan video yang dapat menambahkan pengetahuan dan pemahaman pelajar terhadap kuliah tersebut.

  3.  Mengadakan forum dengan menggunakan laman sosial atau  
      blog.

    Dengan menggunakan kemudahan laman sosial ini, para pensyarah dapat menjalankan forum dengan para pelajar dan mewujudkan interaksi diantara para pensyarah dan para pelajar di dalam dunia maya. Ini akan membantu para pelajar untuk mengikuti kuliah dengan baik kerana mereka boleh bertanya kepada rakan mereka atau terus kepada pensyarah. Ini akan membantu proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan dengan lebih berkesan dan efektif.

  4.  Mengalakkan pelajar membawa komputer riba ke kuliah.

      Dengan membenarkan para pelajar membawa komputer riba ke kuliah, ini akan membawa perubahan kepada corak pembelajaran pelajar kerana dengan menggunakan komputer riba di dalam kuliah, para pelajar akan dapat menggunakan kemudahan internet untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang sesuatu kuliah. Ini akan membantu pelajar untuk mendapat gambaran yang jelas mengenai sesuatu topik yang sedang dibincangkan dalam sesuatu kuliah.

 5. Menggunakan teknologi dan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan tidak hanya menggunakan papan hitam atau slides

    Tenaga pengajar perlu menukarkan method pengajaran mereka kepada cara yang lebih praktikal dengan memasukkan elemen teknologi dan inovasi dalam pendidikan. Dengan menggunakan papan hitam atau slides saja akan menjadikan proses pengajaran menjadi membosankan dan para pelajar tidak akan mendapat input daripada proses pengajaran tesebut. Dengan menggunakan teknologi dan inovasi dalam proses pengajaran, para pelajar akan lebih memahami tentang sesuatu topik dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

2 comments:

  1. langkah-langkah yang sangat bagus.. :)

    ReplyDelete
  2. 1. penggunaan komputer yang kerap di bilik darjah dengan mengadakan kelas di makmal komputer
    2. perbincangan di luar bilik kuliah perlu dilakukan kerap kali supaya penggunaan teknologi boleh sentiasa digunakan dan pada masa yang pelajar dapat belajar menggunakan teknologi
    3. mewujudkan sistem untuk memuat turun nota kuliah melalui internet

    ReplyDelete